Posts

Showing posts from 2018

Pertandingan Work Station & Bilik Pegawai Terbaik

Image
Pertandingan "Work Station" & Bilik Pegawai EKSA Terbaik!!! Semua Warga JKSM Mohon Bersedia Tarikh Penilaian : 16 OGOS 2018

Apa Itu EKSA?

Image
Apa Itu EKSA? Adakah sama seperti 5S atau berbeza? Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan: 1. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; 2. Meningkatkan imej korporat; 3. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan; 4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan 5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian