Tuesday, August 14, 2018

Pertandingan Work Station & Bilik Pegawai Terbaik



Pertandingan "Work Station" & Bilik Pegawai EKSA Terbaik!!!

Semua Warga JKSM Mohon Bersedia

Tarikh Penilaian : 16 OGOS 2018

Monday, July 23, 2018

Apa Itu EKSA?

Apa Itu EKSA? Adakah sama seperti 5S atau berbeza?




Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

1. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;


2. Meningkatkan imej korporat;


3. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;


4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan


5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.



Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.


EKSA MAMPU


Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Layari laman sesawang EKSA MAMPU untuk maklumat lanjut.

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM




Putrajaya, 24 Julai 2018 - Jawatankuasa ICT JKSM telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM bertempat di Bilik Latihan Komputer, Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Aras 4, JKSM.

Taklimat oleh penceramah EKSA

Bengkel tersebut dihadiri oleh wakil dari setiap zon diketuai oleh AJK ICT bagi setiap Zon. 

Peserta bengkel

Antara objektif bengkel adalah umtuk memberi pendedahan berkaitan tatacara mengendalikan laman blogspot bagi zon EKSA masing-masing. Selain daripada itu, bengkel ini juga memberi pendedahan mengenai pengurusan laman sesawang seperti Facebook dan Blogspot.