Pengenalan EKSA

Pengenalan EKSA


EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010.

Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut :-

  • Imej Korporat 

– Meningkatkan imej korporat.

– Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektor awam


  • Kreativiti dan Inovasi 

– Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
– Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.


  • Amalan Hijau 

– Menggalakkan 0aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

– Pelaksanaan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.


  • Persekitaran Kondusif 

– Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.

– Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).


  • Kepelbagaian Agensi 

– Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Comments